Wednesday, February 9, 2011

REALITI TENTANG HIDUPKU...

BAB : PERMULAAN AKU SEBAGAI PELAJAR.

Sebenarnya sudah tidak sabar lagi untuk balik ke kampung rindu gila-gila beb!!!Terkenangkan kedua Ibu Bapa aku yang masih sihat di kampung  dan suasana setiap pagi dan setiap masa ketika di kampung, sangat berbeza dengan kehidupan di kota yang penuh dengan kesibukan yang dibina oleh manusia sendiri. Kehidupan di kota penuh dengan penipuan dan tiada keaslian yang lahiriah daripada  hati setiap manusia yang sering berpura-pura untuk meneruskan kehidupan yang difikirkan mereka iaitu hidup mewah berlimpahkan “ ibarat lautan yang terbentang”  harta benda tanpa menjaga keharmonian hidup seperti di kampung.Hakikatnya,  masyarakat di kota sudah merasakan mereka begitu perihatin dengan keadaan sekeliling walhal sebenarnya jauh sekali bagaikan nun jauh bintang diangkasa atau sama seperti pepatah melayu “jauh panggan dari api”  sikap mereka sesama mereka.

            Bermulanya cuti semesta satu(1), aku sebagai seorang pelajar Universiti berasa sangat teruja dan bangga apabila cita-cita aku selama ini dimakbul Allah S.W.T. Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doa hamba-Mu ini.  Dalam cerita aku ini aku sebenarnya ingin menceritakan tentang kehidupan aku setelah bergelar seorang siswi.Pelbagai kebaikan yang aku perolehi dan pelbagai kesukaran dan kepayahan dalam kehidupan yang aku lalui. Mungkin tentang yang bakal aku ceritakan ini ada juga sebiji yang terkena pada seseorang yang tidak aku ketahui siapa iaitu mempunyai pengalaman yang sama dengan aku..Syukurlah sekurang-kurangnya tidaklah apabila orang membaca cerita aku ini , mengatakan aku mereka-reka cerita atau berdasarkan imaginasi aku semata-mata tetapi berdasarkan kepada pengalaman sendiri.

            Tahun 2010, banyak mengajar aku tentang bagaimana untuk hidup dengan kawan-kawan Selama tiga tahun selama pengajian aku untuk menamatkan ijazah yang aku ambil ini. Semoga aku mendapat kejayaan yang boleh membanggakan kedua Ibu Bapa dan keluarga aku, amin!. Aku tahu betapa sukarnya untuk aku menjejakkan kaki di Menara gading bagi merasa kedudukan setinggi ini, jadi aku tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T. Aku akan jadikan kehidupan di Universiti ini sebagai satu pengalaman yang manis dan dikenang untuk selama-lamanya sepanjang hidup aku.”Jadi jangan lepaskan peluang hidup sebagai seorang siswi Universiti institusi Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.Cuti semesta ni adalah selama dua (2) bulan, bulan pertama aku hanya menghabiskan masa dirumah dan menjaga anak buah yang baru lahir.Nama yang diberi Mikail Darwisy bin Norazman, merupakan anak buah aku yang pertama teruja beb!.

            Bermula 29. 05 .2010 (sabtu) aku bekerja di tempat kerja lama aku selama sebulan je, boleh lah dapat belanja sedikit daripada aku hanya duduk di rumah sahaja.Gaji yang majikan aku bagi RM500.00 lepas lah belanja dikampung.Huhuhu…

            10 haribulan ogos 2010, bersamaan 1Ramadhan pertama kalinya aku berpuasa jauh daripada keluarga. Hanya cuti hujung minggu aku pulang ke rumah kakak aku di Ampang untuk bernuka puasa, jika tidak aku hanya berbuka puasa dirumah bersama teman-teman dirumah atau pun berbuka diluar. Boleh dikatakan seronok jugalah hidup berdikari. Sempena bulan ramadhan yang mulia ini kuliah untuk se mini memang padat yang teramat sangat, mana lagi nak hantar tugasan, nak bentang, tugasan kumpulan dan test..macam nak gila rasanya…..walau bagaimanapun aku tetap kena siapkan juga kerana hati ni melonjak-lonjak keriangan untuk balik ke kampong meraikan hari yang berbahagia dan gembira dengan keluarga yang tercinta.
                                                                 
            Selepas berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri. Aku rasa lain sedikit.Suasana dirumah sewa pun semakin ok.Walaupun ada jugalah yang tidak kene dengan hati aku ni.Tapi biasa lah tinggal ramai-ramai ni tak kan tak ada masalah. Tak ada irama hidup lah kalau macam tu…

            25 ni bermulanya final.Ya allah berikan hambu ini kekuatan untuk menempuhinya ya Allah.Amin ya rabbal alamin.

            Sudah lama aku tidak menulis “Tentang Aku” untuk semesta pertama aku dapat ........ pointer. Untuk semesta kedua ni tak tahu lagi. Ya Allah minta-minta hambamu ini dapat tinggi daripada semesta lepas. Amin Yarabba alamin.

            Aku rasa cara aku jawab lebih better dari semesta lepas. Alhamdulillah. Sekarang ni tak ada kerja kosong, tak tahu nak buat apa, ingat nak pergi cari kerja kosong kalau ada , sebab tak padan nak pergi ke Kuala Lumpur kerja dekat tempat kakak aku. Nak hidup pandai-pandailah berdikari. Aku bukan berasal daripada keluirga yang berada. Keluarga aku sebuah keluarga yang sederhana dari segi kehidupan.Bapa aku bekerja sebagai seorang buruh kasar, ibu aku kerja sendiri kadang-kadang cangkul rumput, kadang-kadang toreh getah. Kalau nak tahu aku empat beradik dulu lagi susah berbanding dengan zaman sekarang. Dulu abah aku berkerja dengan orang hanya dapat pinjam duit dengan bos dia seratus (RM100) seminggu, bahagi dua ibu aku rm50 dan abah rm50. Hanya dengan duit itu lah semua perbelanjaan kami tamping. Tapi semuanya berjalan lancar. Aku dan adik beradaik hanya dapat merasa makan ayam hanya seminggu sekali itu pun hanya sedikit.Abah aku hanya membeli separuh sahaja ayam untuk ibu aku masak. Kami adik beradik amat suka pada masa itu.Tapi ini telah berubah segalanya.

            Lagi sebulan aku cuti dan berada dikampung, selepas itu akan bermulalah semesta ketiga. Agar berdebar menantikan keputusan peperoksaan untuk semesta kedua ni. Ya Allah mintalah hambamu Ini mendapat pointer yang diinginkan..! Amin Yarabbalalamin…

Bersambung...

Sunday, February 6, 2011

HARI INI...

Assalamualaikum n salam sejahtera to all...
Hari ni mcm biasa aku dalam kelas n belajar...ni time tls ni aku x bjar le..hehehe,,,hari ni cam lemah sikit coz tak tahu lah kenapa..mood ok tp x ok...mcm mana 2...heeeeemmmmm...jgn confius dgn aku coz aku mmg mcm ni...kne happy ni..mcm2 mana pun kne bt happy baru dpat apa nak hari ni..jom kita happy2..jgn bt muka bengkeqqqq...org belah2 timur kata "SENYUM SOOOOKKKKMO"!!!hehehe...jgn terlebih sudah..nti kan gila la plak..heee..smbg esok lg..time for solat...jgn lupa y maha esa...
BYE2, SAYONARA...

pantaiku

Story about me

Assalamualaikum n salam sejahtera...hai..nama kita nasliza but commersial name is nas or jaa...hehehehe...kali pertama aku try buat blogger ni..heheheh..ketinggalan sikit..tp cuba sedaya mungkin u sama dgn yang lain2...Salam perkenalan kepada semua....
Sini aku nk story cikit pasal aku..aku ni orang pantai timur, aku nk kata pemalu malu juga tapi tak la sangat...hahaha..nampak muka mgkin sombong tapi sebenarnya aku baik orangnya,,,,keh..keh..keh..Aku jenis yg simple n kuat makan,,,tp aku x lah obessssss...heheh..itulah sikit story tentang aku...